awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina

Bernama
Bernama
07/02/2024
15:44 MYT
Had laju jalan persekutuan dikurangkan 10km/j sempena Tahun Baharu Cina
Kenyataan itu menyebut kementerian pada tempoh sama menjalankan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2024. - Gambar FB KKR
KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula esok hingga 13 Feb sempena perayaan Tahun Baharu Cina, hujung minggu ini.
Kementerian Kerja Raya (KKR), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persektuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j.
Kementerian itu memaklumkan pengurangan had laju sementara itu merupakan antara langkah keselamatan dan pemantauan diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang sering berlaku pada musim perayaan.
Kenyataan itu menyebut kementerian pada tempoh sama menjalankan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2024.
Menurutnya, kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan supaya tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tarikh operasi kecuali kerja-kerja kecemasan.
"Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan yang dilancarkan KKR untuk semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan diutamakan khususnya di jalan persekutuan," menurut KKR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#had laju
#KKR
#Ops Bersepadu
#musim perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan