awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi akui hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang masih 'tidak sempurna'

Haider Yutim
Haider Yutim
23/11/2013
00:53 MYT
Hadi akui hubungan PAS dan DAP di Pulau Pinang masih 'tidak sempurna'
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa hubungan parti itu dengan parti DAP di Pulau Pinang masih tidak sempurna.
Bagaimanapun, beliau turut memberitahu banyak perkara yang positif berikutan usaha yang telah dilakukan kerajaan negeri tersebut serta mengiktiraf sumbangan mereka dari segi kerjasama politik.
"Sehingga kini banyak perkara yang sangat positif. Banyak perkara yang tak sempurna lagi, tapi banyak yang positif," katanya kepada wartawan ketika sidang media selepas meyampaikan ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-59 pada Jumaat.
Kata Abdul Hadi, peranan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang amat besar meskipun hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja.
Namun, ujar beliau dalam memenuhi peranan yang diberikan itu, sudah tentu akan wujud masalah yang belum selesai.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut memberi jaminan akan mendapatkan penjelasan terperinci mengenai dakwaa krisis yang timbul di antara dua parti itu di negeri itu.
Katanya sehingga kini beliau hanya mendapat tahu perkara tersebut melalui media dan masih belum bersemuka dengan ahli-ahlinya di Pulau Pinang lagi.
"Bila saya dapat penjelasan daripada mereka kita akan bincang sama-sama dalam Pakatan Rakyat... masalah ini akan selesai secara dalaman bukan melalui media," kata Abdul Hadi.
Baru-baru ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof meminta DAP agar berhenti mencampuri urusan serta hal ehwal berkaitan agama Islam.
Beliau juga turut menggesa kerajaan negeri itu yang di bawah pimpinan Lim Guan Eng melantik lebih ramai pemimpin PAS sebagai ahli majlis negeri.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#DAP
#Lim Guan Eng
#Muktamar
#PAS
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan