awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas pegawai Oman gesa sekatan terhadap produk AS
Anggota udara AS yang hilang ditemui, operasi menyelamat masih berlangsung
Keluarga Jeneral Soleimani nafi ditahan oleh AS, masih berada di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 60 hektar kebakaran ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan

Bernama
Bernama
29/03/2026
03:03 MYT
Hampir 60 hektar kebakaran ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan
APIMS daerah Rompin mencatatkan kualiti udara tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 152 setakat 10 pagi tadi. - Foto JBPM Pahang
Hampir 60 hektar daripada 300 hektar kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit di Rompin dipadamkan setakat 5 petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata kaedah pengeboman air telah dilaksanakan 85 kali melibatkan penggunaan 68,000 liter air bagi mempercepat proses pemadaman dan mengawal kebakaran daripada merebak.
“Kawasan operasi dibahagikan kepada empat sektor dan tumpuan hari ini ialah pemadaman di sektor A dan C yang membabitkan tiga pasukan termasuk unit udara yang akan membantu melaksanakan pengeboman air.
“Sektor B dan D sudah terkawal setakat ini dan kita menjangkakan kebakaran ladang ini akan dapat dipadamkan sepenuhnya dalam seminggu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) daerah Rompin mencatatkan kualiti udara tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 152 setakat 10 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang Zakaria Ahmad ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan melakukan semakan jika IPU tidak sihat itu berpunca daripada kebakaran berkenaan atau faktor lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#ladang kelapa sawit
#pengeboman air
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan