awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
26/08/2022
14:17 MYT
Hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menjelaskan cara kerajaan meminjam tidak seperti cara individu meminjam daripada rakan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia banyak berhutang dengan negara jiran, Indonesia adalah tidak betul dan hanya 2.5 peratus sahaja hutang negara adalah pinjaman luar, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata 2.5 peratus hutang negara tersebut adalah pinjaman dari pelbagai institusi dan pelabur asing dari seluruh dunia, antaranya dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan Singapura.
"Jadi, 2.5 peratus pinjaman asing ini, takkan Indonesia mahu 'tapau' semua. Ia memang tidak logik.
"Sebanyak 97.5 peratus hutang negara adalah pinjaman dalam negara," katanya dalam video yang dimuat naik di laman twitternya, hari ini.
Tengku Zafrul menjelaskan cara kerajaan meminjam tidak seperti cara individu meminjam daripada rakan mereka.
"Antara cara kerajaan membuat pinjaman ialah melalui terbitan bon. Selepas itu, kita buat bidaan. Para pelabur akan membuat bidaan kadar pulangan atau hasil serta jumlah yang ingin dilanggan.
"Pelabur yang membuat bidaan kadar pulangan yang paling rendah berserta jumlah pinjaman yang paling tinggi akan dipilih," katanya, sambil menegaskan amat jarang untuk kerajaan membuat pinjaman secara terus dari negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hutang
#negara jiran
#pinjaman luar
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Hutang negara
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan