awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 51 peratus rakyat Malaysia percaya kepada ketelusan SPR - kajian UMcedel

Israr Khalid
Israr Khalid
18/02/2022
23:12 MYT
Hanya 51 peratus rakyat Malaysia percaya kepada ketelusan SPR - kajian UMcedel
Keletihan politik antara punca rakyat sudah jelak untuk terlibat dalam proses demokrasi negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dapatan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) mendedahkan hanya lebih sedikit daripada separuh sahaja rakyat Malaysia yang benar-benar percaya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut Felo Penyelidiknya, Prof. Madya Rosmadi Fauzi, ia bermakna bakinya, iaitu hampir separuh lagi, tidak yakin terhadap ketelusan badan itu menjalankan peranannya sebagai pengurus pilihan raya adalah satu keadaan yang serius.
“Kita tanya sejauh mana mereka yakin, dan daripada dapatan kami 51 peratus percaya ia dijalankan dengan telus.
“Tapi kita ada lagi baki 49 peratus, itu jumlah yang besar. Sekiranya dinilai markah gagal atau lulus, ia memang lulus cukup makan dan tidak berada di tahap cemerlang,” katanya.
Dalam memastikan sistem demokrasi terus hidup untuk menjamin kelangsungan negara ini, paling mustahak, kata beliau, adalah sejauh mana rakyat yakin bahawa proses-proses pilihan raya yang berlaku yang dijalankan oleh SPR benar-benar dijalankan secara adil, saksama dan telus.
Maka tegasnya defisit kepercayaan rakyat terhadap institusi negara secara amnya harus diberi lebih perhatian serta ditangani dengan segera dan sebaik mungkin.
Selain daripada menambah baik pengurusan dan cara kerja badan-badan kerajaan berkaitan, banyak perkara yang perlu diperhalusi dan diambil tindakan dalam memastikan agar hasrat untuk mereformasi pilihan raya dan demokrasi negara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tonton Agenda AWANI Khas: Suburkan Demokrasi Negara pada Jumaat yang dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Agenda AWANI: Suburkan Demokrasi Malaysia
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#SPR
#kepercayaan rakyat
#Rosmadi Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan