awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Taufan Tropika Gezani landa Madagascar, sembilan maut
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si

Bernama
Bernama
04/02/2022
02:44 MYT
Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 12.56 tengah malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 11 minit kemudian. - Foto BERNAMA/Jabatan Bomba dan Penyelamat P. Pinang
GEORGE TOWN: Hanya alat perkakasan sembahyang di luar Kuil Kek Lok Si yang berusia 131 tahun di Air Itam di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata kebakaran dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan terdapat di kuil tersebut seperti yang tular kononya bangunan rumah ibadat berkenaan terbakar.
"Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati terdapat kebakaran melibatkan alat perkakasan sembahyang di luar kuil dan ia tidak melibatkan struktur. Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut.
"Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 12.56 tengah malam dan api dipadamkan sepenuhnya kira-kira 11 minit kemudian. Kerja-kerja overhaul selesai dan operasi ditamatkan sepenuhnya 1.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuil
#terbakar
#Kuil Kek Lok Si
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan