awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya sedar ditipu selepas 11 tahun, pesara doktor rugi hampir RM4 juta

Bernama
Bernama
13/06/2025
12:57 MYT
Hanya sedar ditipu selepas 11 tahun, pesara doktor rugi hampir RM4 juta
Noor Hisam Nordin berkata laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat oleh lelaki berusia 74 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam. - Bernama
IPOH: Hanya selepas 11 tahun seorang pesara doktor menyedari ditipu dan terpaksa menanggung kerugian lebih RM3.9 juta selepas menyertai satu skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata laporan polis berhubung kes berkenaan dibuat oleh lelaki berusia 74 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.
"Suspek telah menawarkan satu skim pelaburan kepada mangsa dan mangsa berminat untuk menyertainya disebabkan suspek merupakan rakan kepada mendiang isterinya.
"Bermula pada 17 Disember 2014 hingga 9 April 2025, mangsa memaklumkan telah menyerahkan wang berjumlah RM3.9 juta kepada suspek secara tunai atau dimasukkan ke akaun bank atas nama suspek," katanya.
Nor Hisam berkata sejak menyertai skim berkenaan, warga emas itu mula rasa ditipu selepas tidak menerima sebarang pulangan melalui pelaburan yang dibuat.
"Suspek turut memberikan pelbagai alasan setiap kali mangsa bertanyakan tentang pelaburan yang dibuat," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya dengan janji pulangan pelaburan yang tinggi dalam masa singkat, semak terlebih dahulu sama ada pelaburan itu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan