awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak Brent melebihi AS$100 ketika dakwaan rundingan AS–Iran dipertikai

Reuters
Reuters
24/03/2026
03:16 MYT
Harga minyak Brent melebihi AS$100 ketika dakwaan rundingan AS–Iran dipertikai
Penganalisis menjangkakan ketidaktentuan harga akan berterusan selagi kenyataan bercanggah antara Washington dan Tehran terus berlaku. - Gambar hiasan/AP
HARGA minyak mentah global melonjak semula pada Selasa, dengan Brent crude kembali melepasi paras AS$100 setong, didorong ketidaktentuan pasaran selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa beliau sedang mengadakan rundingan damai dengan Iran, dakwaan yang segera dinafikan oleh pegawai di Tehran.
Menurut data pasaran, Brent meningkat 2.9 peratus kepada AS$102.84 setong, manakala West Texas Intermediate (WTI) juga melonjak 3.5 peratus kepada AS$91.20.
Kenaikan mendadak ini berlaku hanya sehari selepas Brent menjunam lebih 10 peratus, susulan kenyataan Trump bahawa beliau telah menangguhkan serangan selama lima hari ke atas loji tenaga Iran selepas apa yang digambarkannya sebagai “perbincangan yang sangat baik” dengan Tehran.
Pasaran pada mulanya bertindak balas terhadap kenyataan itu dengan mengandaikan ketegangan geopolitik bakal reda, tetapi penafian keras daripada Iran menyebabkan harga minyak kembali melonjak.
Pegawai Iran menolak dakwaan rundingan itu sepenuhnya, malah menuduh Trump mencipta naratif palsu untuk mempengaruhi pasaran minyak dan kewangan antarabangsa.
Menurut laporan media Iran, dakwaan sebegitu dianggap sebagai percubaan untuk “mengawal sentimen pasaran dan mengaburi ketidaktentuan strategi AS” dalam konflik serantau.
Penafian itu menimbulkan kembali kebimbangan tentang potensi eskalasi ketenteraan yang boleh menjejaskan laluan penghantaran minyak global, termasuk Selat Hormuz, yang menjadi laluan bagi hampir satu perlima bekalan minyak dunia.
Penganalisis menjangkakan ketidaktentuan harga akan berterusan selagi kenyataan bercanggah antara Washington dan Tehran terus berlaku, ditambah pula dengan konflik melibatkan AS, Israel dan Iran yang masih berlangsung.
Para pedagang minyak turut menilai risiko bahawa sebarang tindakan balas Iran, termasuk ancaman menanam periuk api di perairan strategik, boleh mengganggu bekalan global dan menyebabkan harga meningkat lebih drastik.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#harga minyak
#Brent
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan