awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
Kes keracunan makanan: MCMC heret Sunway Lagoon ke mahkamah, tuntut RM1.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak

Bernama
Bernama
20/03/2026
08:32 MYT
Harga minyak naik akibat krisis, Anwar tegur tindakan politikkan isu minyak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program santai akhir Ramadan bersama pimpinan komuniti Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu kenaikan harga minyak global meskipun krisis itu berpunca daripada konflik antarabangsa yang di luar kawalan negara.
Beliau berkata dalam keadaan dunia berdepan ketegangan geopolitik melibatkan serangan dan krisis Asia Barat, terdapat pihak yang terus menyalahkan kerajaan tanpa memahami realiti sebenar situasi global.
“Ada orang guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh, minyak tersekat. Bukan salah kita, tetapi masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang.
“Dunia politik ini perlu terkawal dan sepatutnya semua pakat mencari penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, di sini hari ini.
Beliau berkata ketegangan yang semakin memuncak termasuk serangan melibatkan Iran serta tindakan balas menggunakan peluru berpandu dan dron telah menjejaskan kemudahan serta laluan minyak dan gas termasuk di Selat Hormuz, sekali gus menyebabkan harga minyak dunia meningkat mendadak.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa kerajaan tetap mengekalkan harga bahan api pada kadar terkawal demi melindungi rakyat, walaupun banyak negara lain telah menaikkan harga.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga telah mengadakan mesyuarat khas Kabinet bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membincangkan langkah menangani kesan ekonomi dan keselamatan negara.
Perbincangan dengan PETRONAS juga telah diadakan untuk memastikan bekalan minyak dan gas mencukupi, dengan jangkaan minyak mampu bertahan sehingga Mei ini.
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia turut dihubungi beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin rantau ASEAN bagi membincangkan usaha meredakan ketegangan.
Beliau menegaskan pendirian Malaysia yang bebas dan berkecuali tetapi tegas dalam memperjuangkan keamanan serta menolak sebarang bentuk keganasan.
Ketegangan di Asia Barat telah meningkat sejak 28 Feb susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, diikuti oleh serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#harga minyak
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan