awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan

Bernama
Bernama
04/02/2017
23:28 MYT
Harga petrol naik: Jangan jadikan alasan naikkan harga barangan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai undang-undang dalam mengawal harga barang secara terperinci bagi kes-kes kenaikan harga yang tidak terkawal atau secara sewenang-wenangnya. - Gambar hiasan
Kenaikan harga runcit petrol pada bulan ini tidak sepatutnya dijadikan alasan oleh peniaga untuk menaikkan harga barangan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin menasihatkan para peniaga agar tidak menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
"Kementerian mempunyai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang akan mengawal harga barang secara terperinci bagi kes-kes kenaikan harga yang tidak terkawal atau secara sewenang-wenangnya.
"Perlu ambil maklum juga, kita masih lagi menikmati harga bahan api terendah di Asia Tenggara kecuali Brunei dan tergolong dalam 15 negara yang menjual bahan api termurah dalam kalangan 180 negara di dunia," katanya dalam teks ucapan sempena majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Cina kurang berkemampuan sekitar ibu kota, di sini pada Sabtu.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh.
Sementara itu majlis makan malam anjuran pasaraya Giant menyaksikan seramai 1,000 masyarakat Cina daripada golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Pierre Oliver Deplank berkata golongan kurang berkemampuan tersebut diraikan pada majlis makan malam itu bagi memberi peluang kepada mereka untuk turut sama merasai kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
#Giant
#Hamzah Zainudin
#Jamil Salleh
#Kementerian Dalam Negeri
#Koperasi dan Kepenggunaan
#KPDNKK
#petrol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan