awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON95 dan 97 naik, diesel kekal

Luqman Hariz
Luqman Hariz
15/02/2019
08:16 MYT
Harga RON95 dan 97 naik, diesel kekal
Ia menambah, kenaikan harga runcit RON95 dan RON97 juga dihadkan oleh pengukuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen seliter kepada RM1.98 dan RM2.28 seliter bagi tempoh 16 Februari sehingga 22 Februari 2019.
Bagi tempoh yang sama, harga runcit diesel kekal pada RM2.18 seliter.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Kewangan berkata ia susulan peningkatan harga purata produk petroleum diproses (refined product) bagi kedua dua petrol dan diesel di peringkat dunia.
Ianya meningkat daripada USD62 (RM253) setong kepada USD63 (RM257) setong bagi petrol RON95 dan daripada USD73 (RM298) setong kepada USD74 (RM302) setong bagi diesel.
“Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran ini menyebabkan harga runcit produk diesel sepatutnya naik sebanyak 1 sen seliter berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, menjadikan harga pasaran sebenar sebanyak RM2.20 seliter.
“Walau bagaimanapun, selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter, harga runcit diesel bagi tempoh 16 Februari 2019 sehingga 22 Februari 2019 adalah dikekalkan pada paras RM2.18 seliter dan bukannya RM2.20 seliter,” kata kementerian itu.
Ia menambah, kenaikan harga runcit RON95 dan RON97 juga dihadkan oleh pengukuhan nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika.
Topic Berkaitan
#Brent
#diesel
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
#Lim Guan Eng
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan