awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97 naik 16 sen, RON95 dan diesel kekal

Bernama
Bernama
02/03/2022
10:20 MYT
Harga RON97 naik 16 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.29 kepada RM3.45 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter. - Gambar/ Reuters
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 16 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 3 hingga 9 Mac ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.29 kepada RM3.45 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran sebenar.
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#ron97 naik lagi
#harga minyak dunia
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan