awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2026
06:15 MYT
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
Pasukan Roboticist Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila meraih Inspire Award (Tempat Ketiga) pada pertandingan FIRST Tech Challenge (FTC) Nusantara 2025/26. - Foto Roboticist Malaysia
KUALA LUMPUR: Pasukan Roboticist Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila meraih Inspire Award (Tempat Ketiga) pada pertandingan FIRST Tech Challenge (FTC) Nusantara 2025/26.
Berlangsung dari 7 hingga 9 Februari di Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, kejayaan itu telah mengiktiraf keupayaan teknikal dan inovasi pasukan.
Pada masa sama, ia turut menonjolkan kemampuan pelajar Malaysia bersaing di pentas antarabangsa melalui pendekatan strategik, kreativiti dan kerjasama global.
FTC merupakan pertandingan robotik berprestij bagi peserta berusia 13 hingga 18 tahun, yang menuntut pembinaan robot berupaya melaksanakan tugasan autonomi dan tele-operation dalam format perlawanan 2 lawan 2.
Bertemakan “Decode”, cabaran tahun ini menekankan unsur arkeologi dan penyiasatan artifak, sekali gus menguji ketepatan teknikal, penyelesaian masalah dan reka bentuk kejuruteraan.
Lebih 40 pasukan dari Nusantara menyertai pertandingan itu, yang menjadi medan kelayakan ke FTC peringkat dunia yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat bulan depan.
Menurut penganjur, FTC turut memberi tumpuan kepada konsep kerjasama alliance, yang menyaksikan pasukan perlu berkolaborasi dengan rakan dari sekolah, daerah serta negara berbeza pada setiap pusingan perlawanan.
Pendekatan itu menguji keupayaan komunikasi, profesionalisme, adaptasi strategi dan kepimpinan pelajar dalam persekitaran pertandingan sebenar.
Pasukan Roboticist Malaysia diwakili Muhammad Razique sebagai pembangun robot, Muhammad Najmi (Pembantu Pembangun Robot), Ridhwan Izz Irwan (Pengaturcara) dan Nayli Bazla Irdina (Pengedit Media) di bawah bimbingan Ku Muhammad Amir di bawah pengurusan Roboticist Malaysia.
Anugerah Inspire Award merupakan antara pengiktirafan tertinggi dalam FTC, yang menilai pencapaian pasukan secara holistik merangkumi inovasi reka bentuk robot, keupayaan teknikal, dokumentasi, kerjasama, komunikasi dan profesionalisme sepanjang pertandingan.
Pencapaian itu sekali lagi membuktikan bahawa pelajar Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang robotik dan teknologi, malah memiliki kemampuan kolaborasi global yang tinggi, selari dengan aspirasi negara untuk melahirkan generasi muda berdaya saing di peringkat dunia.


Topic Berkaitan
#Roboticist Malaysia
#Inspire Award
#pertandingan robotik
#FTC Nusantara 2025 26
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan