awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Hari ini Tahun Baharu Cina, kita fokus hal perpaduan" - PM Anwar

Astro AWANI
Astro AWANI
17/02/2026
02:51 MYT
"Hari ini Tahun Baharu Cina, kita fokus hal perpaduan" - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA, di Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tumpuan utama pada sambutan Tahun Baharu Cina har ini adalah memperkukuh perpaduan rakyat dan enggan membincangkan isu-isu lain yang boleh mengganggu keharmonian.
Menurut Perdana Menteri, sambutan perayaan berkenaan wajar dimanfaatkan sebagai platform untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta mengukuhkan perpaduan negara.
“Sambutan ini tentang perpaduan. Itu yang penting sekarang. Jangan sibuk dengan hal lain. Sabar dahulu, perkara lain boleh dibincangkan kemudian,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai amaran Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengingatkan Kerajaan MADANI supaya tidak memandang rendah sentimen rakyat semasa menghadiri perhimpunan “Tangkap Azam Baki” di Kuala Lumpur, pada Ahad lalu
Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar berkata, beliau berharap Tahun Kuda akan memacu pertumbuhan lebih hebat dan membawa prestasi Malaysia jauh lebih baik berbanding sebelumnya.
Topic Berkaitan
#Tahun Baharu Cina
#Tangkap Azam Baki
#Rafizi Ramli
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan