awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi

Bernama
Bernama
15/08/2024
11:21 MYT
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Pada sambutan Hari Kebangsaan 2023, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan kemeriahan sambutan itu yang merupakan anjuran sulung Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah bagi menjamin keselesaan orang ramai yang akan berhimpun di kawasan itu bagi menyaksikan pelbagai persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata tambahan kemudahan itu juga bertujuan memastikan semua pengunjung berskala besar, yang dianggarkan menjangkau 200,000 orang itu dapat merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini.
"Secara umumnya kita akan gandakan jumlahnya berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Kementerian Komunikasi bagi Sambutan HKHM 2024, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi memudahkan dan menambah lagi keselesaan pengunjung pada hari sambutan nanti, 14 skrin LED bersaiz gergasi turut ditempatkan di beberapa tempat di sini di sepanjang jalan menghala ke arah Dataran Putrajaya.
Pada sambutan Hari Kebangsaan 2023, lebih 100,000 pengunjung hadir menyaksikan kemeriahan sambutan itu yang merupakan anjuran sulung Kerajaan Perpaduan.
Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berkata perkhidmatan 'water taxi' turut disediakan oleh Perbadanan Putrajaya (PPJ) untuk memudahkan pergerakan pengunjung dari kawasan parkir ke Dataran Putrajaya.
"Saya difahamkan ada beberapa laluan akan ditutup pada 31 Ogos ini untuk pastikan pengunjung dapat menikmati suasana sambutan Hari Kebangsaan dengan selesa. Jadi, kita sediakan beberapa kemudahan pengangkutan awam termasuk 'water taxi'.
"Ada sekurang-kurangnya empat lokasi boleh naik dan bawa kita ke lokasi berdekatan dengan kawasan perbarisan serta perarakan," katanya.
"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka" dipilih sebagai tema sambutan HKHM tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Dataran Putrajaya
#Fahmi Fadzil
#bulan Kemerdekaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan