awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari terakhir kemas kini data dalam PADU

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2024
23:10 MYT
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
PADU berperanan untuk memastikan setiap warga negara yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan hari terakhir untuk rakyat Malaysia mengemas kini data melalui pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU).
Sebelum ini sehingga Khamis, ia catat peningkatan kepada 9.24 juta berbanding 8.79 juta pendaftaran hari sebelumnya.
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
Berdasarkan rekod dalam sistem PADU, bilangan warganegara adalah seramai 30.08 juta.
PADU dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga 31 Mac 2024 bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
PADU berperanan untuk memastikan setiap warga negara yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan berfokuskan rakyat.
PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
Topic Berkaitan
#PADU
#kemas kini maklumat
#hari terakhir
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan