awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai

Bernama
Bernama
11/01/2022
05:46 MYT
Harimau belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai
Perhilitan telah memasang tiga perangkap harimau belang (perangkap wahab) iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) masih menjalankan operasi pemantauan dan kawalan di kawasan perkampungan Orang Asli Pos Bihai di Gua Musang ekoran aduan penduduk berkenaan harimau belang yang berkeliaran di kawasan tersebut sejak semalam.
Menurut Jabatan Perhilitan pihaknya telah memasang tiga perangkap harimau belang (perangkap wahab) iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak, Pos Bihai.
"Hasil Survei Harimau Kebangsaan Pertama (NTS1) mendapati majoriti daripada populasi Harimau Malaya berada di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia terutama di kompleks Taman Negara-Banjaran Titiwangsa," menurut Jabatan Perhilitan dalam kenyataan bagi menjelaskan laporan akhbar hari ini yang bertajuk '11 ekor Pak Belang berkeliaran di Pos Bihai ancam penduduk'.
Jabatan Perhilitan berkata, pihaknya sentiasa memantau dan memberi taklimat kepada penduduk kampung dari semasa ke semasa berkenaan perjalanan operasi mengesan dan menangkap harimau belang serta langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di luar kawasan rumah.
Katanya orang ramai perlu lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan negeri Kelantan melalui talian 011-59275985, talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#Harimau belang
#Kampung Orang Asli
#pos bihai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan