awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya tetap buru kemenangan menentang Vietnam - Daniel Ting

Bernama
Bernama
25/03/2026
12:02 MYT
Harimau Malaya tetap buru kemenangan menentang Vietnam - Daniel Ting
Skuad negara kini menjalani sesi latihan di Bangkok, Thailand sehingga 27 Mac ini sebelum menghadapi perlawanan menentang Vietnam. - Gambar fail/Stadium ASTRO
Pasukan bola sepak kebangsaan akan turun dengan misi memburu kemenangan pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Thien Truong, Ninh Binh pada 31 Mac ini.
Pemain pertahanan Harimau Malaya Daniel Ting berkata setiap perlawanan membawa kepentingan tersendiri, khususnya dalam usaha mengutip mata ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi memperbaiki kedudukan pasukan di pentas dunia.
“Kami mahu menang setiap perlawanan. Sudah tentu, ia mungkin tidak penting untuk mengutip mata dan kelayakan dan semua perkara itu.
“… tetapi masih ada mata FIFA untuk dimenangi dan kami mahu mengumpul mata itu semula untuk memperbaiki semula ranking,” katanya menerusi video dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada media hari ini.
Beliau berkata persiapan pasukan ketika ini berada pada tahap positif, dengan semua pemain menunjukkan komitmen tinggi selepas kembali berkumpul bagi menghadapi perlawanan itu.
"Ya, saya rasa baik, bagus. Seperti yang saya katakan, kami sudah beberapa bulan tidak mengadakan latihan bersama. Jadi, saya sudah lama tidak berjumpa dengan ramai pemain, saya gembira melihat semua rakan-rakan sepasukan.
“Saya rasa walaupun dengan situasi mata, sudah tentu anda sentiasa mahu menang setiap kali bermain untuk negara dan semua orang gembira untuk mewakili negara mereka, jadi hanya suasana positif yang dapat saya katakan,” katanya.
Pada masa sama, pemain Ratchaburi FC itu berkata pengalaman beraksi pada saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menjadi kelebihan tambahan yang mampu membantu meningkatkan tahap permainan pasukan.
Skuad negara kini menjalani sesi latihan di Bangkok, Thailand sehingga 27 Mac ini sebelum menghadapi perlawanan menentang Vietnam, meskipun kemenangan pada perlawanan itu tidak mampu mengubah hakikat bahawa Malaysia sudah tidak layak.
-- BERNAMA
TAG: sukan, Daniel Ting, Harimau Malaya, kelayakan
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Piala Asia
#FAM
#Daniel Ting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan