awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harungi air bah dalam kesakitan untuk bersalin

Bernama
Bernama
29/11/2019
22:30 MYT
Harungi air bah dalam kesakitan untuk bersalin
Suhaida dibawa menaiki jentera lori APM dan sebuah ambulan menunggunya di kawasan yang cetek untuk dibawa ke Hospital Besut. - BERNAMA
Seorang wanita berdepan detik cemas mengharungi air bah di rumahnya di Felda Tenang, di sini dalam keadaan sakit untuk melahirkan anak sulungnya.
Suhaida Azmani, 27, yang hamil 39 minggu itu tidak menyangka akan berasa sakit untuk bersalin pada Jumaat memandangkan dia hanya dijangka bersalin pada 7 Disember ini.
"Saya sudah merasa sakit perut sejak pagi tadi. Semasa air mula naik petang tadi sakit pula semakin kuat. Ahli keluarga minta pertolongan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi lori mereka tidak boleh masuk kerana air terlalu tinggi.
"Lepas itu polis datang dan bawa saya naik perahu ke sini. Doktor di klinik kesihatan memberitahu saya boleh sahaja pergi ke rumah ibu saudara saya di Pasir Akar sementara menunggu waktu betul-betul hendak bersalin," katanya dalam keadaan tenang walaupun menahan kesakitan ketika ditemui di Kampung Bukit Payong, di sini.
Namun katanya anggota penyelamat menasihati beliau untuk terus ke hospital kerana khuatir kawasan Pasir Akar juga akan ditenggelami air.
Selepas dibawa dengan perahu ke Kampung Payong, Suhaida dibawa menaiki jentera lori APM dan sebuah ambulan menunggunya di kawasan yang cetek untuk dibawa ke Hospital Besut di sini.
Suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur itu pulang ke kampung halamannya di sini sejak 13 Nov lepas sebagai persediaan untuk melahirkan anak.
Katanya suaminya Badrul Naim Mat Taha, 26, yang kini berada di Kuala Lumpur bekerja sebagai juruteknik baru sahaja dimaklumkan mengenai keadaannya dan sedang dalam perjalanan ke sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak sulung
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#banjir
#Felda Tenang
#harung air bah
#Hospital Besut
#Kampung Bukit Payong
#sakit untuk bersalin
#Suhaida Azmani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan