awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harungi perjalanan 200km, sekumpulan guru tekad sampaikan ilmu kepada murid

Astro Awani
Astro Awani
04/05/2020
16:30 MYT
Harungi perjalanan 200km, sekumpulan guru tekad sampaikan ilmu kepada murid
Nazmi berkata, mereka rela berkorban demi mengubah masa depan anak-anak di kawasan pedalaman. Gambar Astro AWANI.
Meskipun terpaksa mengharungi perjalanan lebih 200 kilometer ke kawasan pedalaman di Lawas, Sarawak, ia tidak mematahkan semangat sekumpulan guru dalam menyampaikan ilmu kepada anak didik mereka.
Bukan sahaja berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, malah perjalanan selama dua hari menaiki pacuan empat roda itu memerlukan mereka menyelesaikan semua masalah sendiri disebabkan ketiadaan liputan telekomunikasi dan Internet.
Menurut guru Bahasa Inggeris, Nazmi Rosli yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang, tempatnya mengajar itu seolah-olah terpisah daripada dunia luar termasuk bandar Lawas.
Murid diagihkan bahan pembelajaran bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. -Gambar Kementerian Pendidikan Malaysia
Murid diagihkan bahan pembelajaran bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran. -Gambar Kementerian Pendidikan Malaysia
“Di kawasan pedalaman, kami tidak mempunyai banyak pilihan. Walaupun tiada capaian rangkaian telekomunikasi, namun tanggungjawab sebagai pendidik tetap perlu dilaksanakan.
“Kampung-kampung di kawasan sekitar sekolah juga mempunyai bekalan elektrik yang terhad, malah penduduk mencatu penggunaan setiap hari iaitu dari pukul 6 petang hingga ke 11 malam sahaja,” katanya.
Murid-murid di pedalaman, Lawas bersama guru. -Gambar Kementerian Pendidikan Malaysia
Murid-murid di pedalaman, Lawas bersama guru. -Gambar Kementerian Pendidikan Malaysia
Tambahnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan mereka mengambil inisiatif untuk mengagihkan bahan pembelajaran bagi memudahkan urusan murid-murid menimba ilmu.
Ujarnya, pengagihan bahan tersebut dibuat seminggu sekali kepada 111 murid dari 13 kampung yang diletakkan di bawah jagaan mereka.
Namun, mereka tidak berseorangan kerana terdapat banyak pihak yang prihatin dengan pengorbanan mereka.
Nazmi memberitahu, dalam menjayakan misi itu, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membekalkan makanan kepada penduduk kampung tampil membantu selain diselia oleh petugas kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di kawasan itu.
Petugas kesihatan turut bersama mengikuti misi itu dalam memastikan keselamatan mereka yang terlibat terjaga. -Gambar Kementerian Pendidikan Malaysia
Petugas kesihatan turut bersama mengikuti misi itu dalam memastikan keselamatan mereka yang terlibat terjaga. -Gambar Kementerian Kesihatan Malaysia
Katanya, usaha itu mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Negeri dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Jadi tugas wakil kesihatan adalah untuk memastikan kami mematuhi segala garis panduan PKP. Antara yang kami perlu patuhi adalah bahan-bahan kerja rumah seperti kertas dan sebagainya tidak tercemar dan bebas risiko menjadi agen penyebaran COVID-19,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Beliau berkata, mereka rela berkorban demi mengubah masa depan anak-anak di kawasan pedalaman, lebih-lebih lagi apabila melihat kanak-kanak bersemangat untuk belajar.
“Pelajar di pedalaman belum lagi terbuka dengan dunia luar, banyak yang belum mereka lihat. Ada pelajar yang belum pernah berkunjung ke pantai. Apabila mereka melihat sesuatu yang baharu, mereka teruja. Perkara ini membuatkan kami terharu.
“Sebenarnya, ada hikmah kami berkhidmat dalam bidang ini. Kami berbangga dapat berbakti,” luahnya.
Topic Berkaitan
#anak
#COVID-19
#guru
#kawasan pedalaman
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Lawas
#Nazmi Rosli
#pendidikan
#pengorbanan
#PKP
#redah hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan