awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi

Bernama
Bernama
08/01/2025
12:30 MYT
Hasil lawatan PM Singapura ke Malaysia perkukuh hubungan dua hala - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Hasil lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ke Malaysia yang berakhir semalam, memperkukuh hubungan dua hala dan memberi lonjakan untuk pertumbuhan ekonomi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu termasuk sejumlah kerjasama dimeterai antara Malaysia dan Singapura semalam, yang dibincangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
"Hubungan erat antara Malaysia dan Singapura akan bertambah baik dan beberapa perkara selain daripada apa yang telah diumumkan, akan terus dibincang untuk dicari penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua negara," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Fahmi berkata hasil lawatan kerja itu memberi lonjakan dari segi pandangan umum tentang hubungan akrab Malaysia dan Singapura, termasuk potensi untuk pertumbuhan ekonomi melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Selain itu, Fahmi berkata turut dibincangkan hari ini ialah perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang telah diadakan dengan jayanya.
"Kita juga berharap bahawa rakan-rakan media akan dapat mainkan peranan untuk menguar-uarkan usaha kerajaan untuk mempromosikan Malaysia," katanya.
Malaysia menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pengunjung dan menjana pendapatan RM147.1 bilion untuk TMM2026.
Kempen itu telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan PM Singapura
#Hubungan dua hala
#Lawrence Wong
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan