awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi

Bernama
Bernama
18/03/2018
20:34 MYT
Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi
Hasil siasatan punca kebakaran dan nilai kerosakan stor IPFN di Hospital Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran pada Sabtu dijangka akan diketahui secara rasmi dalam masa dua minggu lagi. - Astro AWANI/Fail
Hasil siasatan punca kebakaran dan nilai kerosakan stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terlibat dalam kebakaran pada Sabtu dijangka akan diketahui secara rasmi dalam masa dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.
"Semalam (Sabtu) saya sendiri telah membuat lawatan ke HKL dan kita masih belum dapat membuat sebarang kenyataan sehingga mendapat laporan rasmi daripada pihak bomba," katanya kepada pemberita pada program sepetang bersama Presiden MIC di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, di sini malam tadi (Ahad).
Dr Subramaniam berkata tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku dan HKL masih beroperasi seperti biasa dan tiada aktiviti yang terjejas.
Katanya pihak hospital juga masih belum mengenal pasti jumlah kerosakan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit sehingga siasatan forensik oleh pihak bomba selesai.
Sebahagian daripada bangunan IPFN dilaporkan terbakar kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari semalam dipercayai akibat litar pintas. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Dr S Subramaniam
#HKL
#Hospital Kuala Lumpur
#Institut Perubatan Forensik Negara
#IPFN
#kebakaran
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan