awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati dengan laman web palsu sasar pencarum KWSP

Bernama
Bernama
28/08/2018
08:43 MYT
Hati-hati dengan laman web palsu sasar pencarum KWSP
Mesej yang tular itu dan kandungannya adalah palsu dan tidak berkaitan dengan KWSP. -Gambar fail
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti sebuah mesej yang tular mendakwa pencarum yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 layak mendapat insentif RM6,000.
Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP menyebut mesej yang tular itu dan kandungannya adalah palsu dan tidak berkaitan dengan agensi berkenaan.
"Mesej berkenaan juga mempunyai pautan ke laman sesawang palsu KWSP, meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima insentif berkenaan di laman web palsu itu," kata kenyataan itu.
Menurut EPF, pihaknya percaya ini adalah cubaan penipuan data peribadi pencarum untuk tujuan berunsur jenayah.
Pencarum digesa tidak menjawab sebarang kaji selidik atau memberikan data peribadi kepada pihak ketiga yang tidak disahkan dan tidak menyebarkan mesej tular berkenaan.
Segala maklumat mengenai produk dan perkhidmatan KWSP terdapat dalam laman sesawang rasmi di www.kwsp.gov.my, Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insentif
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#KWSP
#mesej tular
#pencarum
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan