awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
To Lam dipilih Presiden Vietnam penggal 2026-2031
Tukang masak mengaku bersalah rogol anak teman wanita
Nenek, cucu saudara maut nahas motosikal dalam perjalanan ke sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati-hati dengan suplemen kononnya kurangkan risiko kanser - Subramaniam

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/02/2018
08:15 MYT
Hati-hati dengan suplemen kononnya kurangkan risiko kanser - Subramaniam
SUBRAMANIAM: Pengusaha industri pembuat produk kesihatan berkenaan memahami peraturan penjualan suplimen.- Gambar hiasan.
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam membeli produk suplemen yang kononnya mampu mengurangkan risiko kanser walaupun tiada bukti secara saintifik yang mengesahkan perkara berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam menjelaskan, pengguna perlu bijak dalam menilai produk berkenaan bagi mengelak mereka terpedaya dengan dakwaan dibuat produk terlibat.
"Suplemen untuk cara hidup yang sihat tiada masalah tetapi ambil suplemen kerana ia akan mengurangkan risiko Kanser, itu satu perkara yang tidak digalakkan kerana dalam sesuatu ubat itu ada perakuan bahawa vitamin atau suplemen boleh mengurangkan kanser," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Kanser Sedunia 2018 di Temple of Fine Arts di Brickfields, di sini hari ini.
Jelasnya lagi, tanpa perakuan atau bukti saintifik berkenaan, kementeriannya tidak akan mendaftarkan produk untuk kesihatan itu.
"Kemudian farmasi kami tidak akan mendaftarkan produk berkenaan kerana perakuan berkenaan. Jika mereka mahu mendaftarkan produk, mereka perlu kemukakan bukti perakuan berkenaan. Kalau mereka tidak boleh berikan bukti sains, jadi kami tidak akan benarkan pendaftaran produk berkenaan," tambahnya.
Ujarnya, pengusaha industri pembuat produk kesihatan berkenaan memahami peraturan berkenaan dan perlu mematuhinya.
"Namun, di luar, mungkin mereka masih ramai yang menjual produk ini dan mendakwa ada perakuan (mampu kurangkan risiko kanser).
"Jadi sangat penting pengguna dapat mengenal pasti produk ini melainkan ada doktor perubatan sendiri yang mengesahkan produk berkenaan mampu mengurangkan risiko berkenaan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Dr S Subramaniam
#kanser
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Media
#perubatan
#Sains
#suplemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan