awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat

Bernama
Bernama
13/04/2026
10:42 MYT
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Lapangan Terbang Heathrow secara sementara menyerap permintaan dari tempat lain susulan konflik yang menyebabkan penutupan ruang udara secara meluas. - Gambar fail

Lapangan Terbang Heathrow melaporkan peningkatan 10 peratus dalam jumlah penumpang transit bulan lepas berikutan perang di Asia Barat, lapor PA Media/dpa.

Menurut lapangan terbang di barat London itu, ia “secara sementara menyerap permintaan dari tempat lain” susulan konflik yang menyebabkan penutupan ruang udara secara meluas.
Kira-kira setengah juta penumpang sehari lazimnya menggunakan lapangan terbang di Dubai, Doha atau Abu Dhabi, yang merupakan hab penting bagi perjalanan antara Eropah dan benua Asia serta Australia.
Menurut pengurusan Heathrow, sejumlah 6.6 juta penumpang melalui empat terminalnya bulan lepas.
Jumlah ini merupakan peningkatan 6.9 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas dan mencatatkan Mac yang paling sibuk dalam sejarahnya.
Lapangan terbang itu bagaimanapun memberi amaran yang “unjuran untuk beberapa bulan akan datang adalah tidak menentu berikutan konflik yang berterusan”.
Menurut Heathrow, kesan perang terhadap bekalan bahan api jet “tidak menjejaskan operasi lapangan terbang”, sambil menjelaskan yang ia akan “memantau keadaan dan berhubung dengan kerajaan serta syarikat penerbangan bagi melindungi perjalanan penumpang”.
Ketua Pegawai Eksekutif Heathrow Thomas Woldbye berkata: “Kami melakukan segala yang termampu untuk menyokong syarikat penerbangan dan penumpang ketika corak perjalanan berubah akibat krisis Asia Barat.
Rangkaian penerbangan jarak jauh Heathrow mampu menyerap permintaan pada bulan Mac namun prospek untuk beberapa bulan akan datang kekal tidak menentu.
Saya berbangga dengan pencapaian warga kerja yang pantas menyesuaikan diri dan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang dalam keadaan mencabar.”
-- BERNAMA-PA Media/dpa
Topic Berkaitan
#London
#peningkatan penumpang
#Lapangan Terbang Heathrow
#penumpang transit
#krisis asia barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan