awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak

Amirul Aiman
Amirul Aiman
16/02/2025
04:40 MYT
Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Ramli berkata syarikat itu didakwa menipu jemaah umrah yang telah membayar tetapi tidak menerima perkhidmatan dijanjikan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan siasatan terhadap Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd masih diteruskan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.
Katanya, syarikat itu didakwa menipu jemaah umrah yang telah membayar tetapi tidak menerima perkhidmatan dijanjikan.
“Siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan berkait laporan polis yang diterima,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya, sebahagian laporan turut dirujuk kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang mengawal selia sektor umrah di Malaysia.
Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa polis tidak menyiasat kes ini.
“Kenyataan ini adalah tidak benar, tidak bertanggungjawab dan memberikan persepsi buruk kepada PDRM.
“Perlu diketahui bahawa undang-undang negara ini memperuntukkan kuasa siasatan yang berbeza kepada agensi penguatkuasa yang berlainan,” jelas beliau.
Pada 20 Januari, polis Johor menahan pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, yang disyaki terbabit dalam penipuan umrah.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pasangan tersebut ditangkap kelmarin, selepas dibebaskan dengan jaminan oleh Polis Kontinjen Selangor selepas tamat tempoh reman di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Hejira Travel & Tours
#PDRM
#Ramli Mohamed Yoosuf
#umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan