awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
To Lam dipilih Presiden Vietnam penggal 2026-2031
Tukang masak mengaku bersalah rogol anak teman wanita
Nenek, cucu saudara maut nahas motosikal dalam perjalanan ke sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter tentera Korea Selatan tersalah masuk DMZ

Bernama
Bernama
05/04/2026
07:05 MYT
Helikopter tentera Korea Selatan tersalah masuk DMZ
Pesawat itu pada masa berkenaan dilaporkan tidak mempunyai kelulusan untuk memasuki bahagian DMZ Korea Selatan daripada Komando Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNC). - Gambar hiasan
Sebuah helikopter tentera Korea Selatan secara tidak sengaja memasuki Kawasan Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan negara itu dengan Korea Utara bulan lepas semasa operasi kebakaran hutan, kata Ketua Staf Bersama (JCS) pada Ahad, lapor Agensi Berita Yonhap.
Helikopter Tentera Surion tersilap memasuki zon penampan pada 23 Mac selepas dikerahkan untuk membantu memadamkan kebakaran di daerah sempadan Yeoncheon, kira-kira 60 kilometer (km) utara Seoul, menurut JCS.
Pesawat itu pada masa berkenaan dilaporkan tidak mempunyai kelulusan untuk memasuki bahagian DMZ Korea Selatan daripada Komando Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNC), yang menyelia operasi di dalam kawasan yang dikawal ketat itu.
Helikopter tersebut dikatakan terbang berhampiran Garis Gencatan Senjata, yang membahagikan tanah tanpa manusia selebar 4 km, mendorong siasatan oleh tentera Korea Selatan dan UNC sama ada ia terbang melepasi garisan sempadan.
Tentera Korea Utara, bagaimanapun, tidak menunjukkan reaksi luar biasa pada masa itu.
Helikopter tempatan tersebut dilaporkan tidak membawa senjata semasa penerbangan.
Seorang pegawai JCS berkata kejadian sedang disiasat namun enggan memberikan butiran, atas alasan keselamatan operasi.
DMZ diwujudkan pasca-Perang Korea 1950-53, yang berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.
-- BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#helikopter Korea Selatan
#DMZ
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan