awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas di Marudi, dua juruterbang terselamat

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
01/02/2020
15:12 MYT
Helikopter terhempas di Marudi, dua juruterbang terselamat
Ketika kejadian, helikopter yang dengan pendaftaran 9MAZK itu sedang dalam perjalanan ke pangkalannya di sempadan Brunei dari hutan Marudi. - Foto ihsan polis
Dua juruterbang Sabah Air terselamat apabila helikopter jenis Bell206 yang dipandu mereka dengan terhempas di Marudi petang Sabtu.
Ketika kejadian, helikopter yang dengan pendaftaran 9MAZK itu sedang dalam perjalanan ke pangkalannya di sempadan Brunei dari hutan Marudi.
Menurut sumber, Kapten Mohd Dom Wahad dan Kapten Muhd Amirul Asraf baharu menurunkan penumpang iaitu tiga kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan sebelum insiden berlaku pada jam 5.57 petang.
"Kedua-duanya bagaimanapun selamat dan dibawa keluar menggunakan laluan darat ke Base Camp Jupem," katanya.
Ketua Polis Daerah Marudi, DSP Jo Hang ketika mengesahkan kejadian berkata, helikopter itu sepatutnya tiba di pangkalan selepas satu jam 40 minit penerbangan dari Marudi.
Kedua-dua mangsa akan dibawa keluar esok menerusi penerbangan Sabah Air, tambah sumber itu lagi.
Jabatan Penerbangan Awam juga dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok.
Topic Berkaitan
#Bell206
#helikopter terhempas
#Jabatan Penerbangan Awam
#Marudi
#Polis Daerah Marudi
#Sabah Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan