awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan kontroversi dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/04/2026
07:41 MYT
Hentikan kontroversi dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina - PM Anwar
Anwar dan Ahmad Samsuri hadir ke Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar tahfiz negeri di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu hari ini. - Gambar/ Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kontroversi berhubung dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina dihentikan kerana perkara tersebut tidak benar.
Beliau menjelaskan bahawa syarikat yang membekalkan bahan api kepada negara berkenaan bukan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebaliknya syarikat perdagangan komoditi asing iaitu VITOL.
"Dia (VITOL) memang ada perjanjian bawa minyak jual ke Filipina. Bukan kita (Petronas) bagi (bekal) kepada Filipina. Tetapi kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing.
“Saya harap hentikanlah kontroversi ini, dan tumpukan untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra MADANI bersama pelajar tahfiz negeri di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Semalam, media melaporkan Petronas menafikan terbabit dalam laporan penghantaran bekalan diesel dari Malaysia ke Filipina.
Syarikat minyak nasional itu dalam kenyataan dilaporkan berkata pihaknya tidak pernah memasuki sebarang perjanjian berhubung perkara tersebut dengan mana-mana pihak di Filipina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Filipina
#isu pembekalan diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan