awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan polemik tajuk ceramah Dr Zakir - Fathul Bari

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
15/04/2016
09:09 MYT
Hentikan polemik tajuk ceramah Dr Zakir - Fathul Bari
FATHUL BARI: 'Hentikan polemik tajuk ceramah Dr Zakir - Gambar fail
Semua pihak diminta menghentikan sebarang polemik mengenai tajuk ceramah agama pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang didakwa boleh menimbulkan isu sengketa atau perselisihan antara kaum.
Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, impak setiap tajuk sebenarnya sudah dikaji sebelum ia diumum kepada khalayak.
"Sebarang spekulasi hanya menimbulkan persepsi negatif selain membuka risiko terjadinya sebarang perkara negatif.
"Cuma apabila tajuk yang cuba dipolemikkan sesetengah pihak yang menimbulkan persepsi.
"Penganjur pasti sudah mengkaji sesuatu tajuk dan memastikan ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana agama lain. Sebagai contoh, ia mencari titik temu yang mengharmonikan Hindu dan Islam," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Dr Fathul mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membenarkan Dr Zakir meneruskan ceramahnya di Melaka dengan syarat ia perlu membawa tajuk yang berbeza.
Kata Dr Ahmad Zahid, keputusan itu dibuat hasil dari perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan kompromi daripada pihak penganjur.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan Dr Zakir menukar tajuk ceramahnya kepada yang lebih sesuai dan harmoni.
Jamil Khir berkata penukaran itu bagi mengelakkan tercetusnya polemik dan timbulnya kegelisahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Dr Zakir akan meneruskan ceramahnya di Malaysia termasuk pada Sabtu dan Ahad ini masing-masing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan di Melaka.
Topic Berkaitan
#Fathul
#Jamil Khir Baharom
#Jelajah Dr Zakir Naik di Malaysia
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan