awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan

Bernama
Bernama
28/12/2024
10:29 MYT
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan dekat sini pada 23 Dis dan semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan pertama Isnin lepas, suspek berumur 48 tahun yang memandu kereta Honda City ditahan di Bukit Gasing, Petaling Jaya dan susulan pemeriksaan, polis menemukan 20 ketulan mampat heroin base dianggar seberat 7.4 kg.
"Susulan itu pada 9.30 pagi semalam, satu lagi serbuan dilakukan di sebuah rumah di Puchong dan 16 lagi ketulan mampat yang disyaki dadah jenis heroin base dianggarkan seberat 5.9 kg ditemukan.
"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam dua serbuan itu dianggarkan seberat 13.3 kg bernilai RM1.2 juta yang boleh digunakan 900,000 penagih dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek yang mempunyai satu rekod jenayah kes dadah direman hingga 30 Dis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#heroin base
#Bukit Gasing
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan