awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hidup mati kita dalam Malaysia' - Hajiji

Bernama
Bernama
06/08/2024
07:45 MYT
'Hidup mati kita dalam Malaysia' - Hajiji
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-35 di SICC) Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: "Hidup mati kita ini dalam negara kita Malaysia," demikian penegasan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kepada pihak yang masih mempersoal kedaulatan dan kedudukan Sabah dalam Malaysia.
Beliau berkata Sabah sudah 61 tahun bersama membentuk Malaysia sejak 16 Sept 1963, justeru isu tuntutan terhadap negeri itu tidak sepatutnya dibangkitkan lagi terutama mereka di negara jiran.
"Memang kita ini sudah dalam satu negara ini Malaysia (tetapi) ada isu selama ini belum lagi selesai, pihak sebelah yang masih lagi (tuntut Sabah). Jadi, kita menegaskan setegas-tegasnya bahawa kita tidak mengiktiraf kumpulan atau tuntutan (ke atas Sabah).
"Kita sudah merdeka bersama Malaysia 61 tahun jadi apa lagi ceritanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah ke-35 di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Pada 29 Julai lepas, Kementerian Luar mengulangi pendirian kerajaan bahawa Sabah sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia dan sebarang tuntutan terhadap negeri itu tidak akan diiktiraf.
Kementerian itu mengulas mengenai satu video tular dalam media sosial yang memaparkan kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempersoalkan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Hajiji Noor
#Malaysia
#tuntutan luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan