awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang... Abdul Rahman disambar buaya?

Radhi Muslim
Radhi Muslim
08/03/2019
01:52 MYT
Hilang... Abdul Rahman disambar buaya?
Abdul Rahman Nor Sirat berumur dalam lingkungan 40-an, dilaporkan sedang menjala udang sebelum disyaki disambar haiwan terbabit.
Seorang anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan dilaporkan hilang selepas disyaki disambar buaya dalam satu kejadian di Sungai Kinabatangan, berdekatan kawasan Tanjung Bulat, pada Khami.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Abdul Rahman Nor Sirat berumur dalam lingkungan 40-an, dilaporkan sedang menjala udang sebelum dipercayai disambar haiwan terbabit.
Ketua Pegawai APM Zon Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, mangsa merupakan anggota sukarelawan APM Kinabatangan.
"Pihak APM turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang akan dijalankan pagi ini," katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihak mereka hanya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.44 malam, pada Khamis.
Menurutnya, laporan awal pihak mereka terima, mangsa sedang menjala udang di tebing sungai sebelum tiba-tiba disambar buaya.
"Selepas itu, SAR kemudiannya diaktifkan pada semalam dengan menjalankan pemantauan dari tebing sehingga jam 10.35 malam.
"Namun mangsa belum ditemui," katanya.
Katanya, SAR ditangguhkan pada semalam dan disambung pada pagi ini.
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM
#APM Zon Sandakan
#disambar buaya
#hilang
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kinabatangan
#Malaysia
#Memancing
#operasi mencari dan menyelamat
#Sabah
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan