awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2023
23:00 MYT
Hina Sultan: AMK Selangor akan buat laporan polis terhadap Sanusi
Menerusi video tular dipercayai ketika menyampaikan ceramah, Mohamad Sanusi (gambar) didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar fail
SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Berdasarkan jemputan kepada pihak media, laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 2.30 petang.
Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor.
Menerusi video tular dipercayai ketika menyampaikan ceramah, Mohamad Sanusi juga turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Jumaat lalu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu juga dilaporkan berkata, beliau yakin negeri diterajuinya mampu menjadi paling maju sekiranya ia berada berhampiran Kuala Lumpur.
Muhammad Sanusi juga mendakwa Selangor tidak boleh dijadikan model negeri Pakatan Harapan (PH) paling berjaya kerana pemerintahan yang bijak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#laporan polis
#hina Sultan Selangor
#AMK Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan