awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hindu Sangam bekerjasama dengan pihak berkuasa tangani isu kuil

Bernama
Bernama
08/03/2026
09:52 MYT
Hindu Sangam bekerjasama dengan pihak berkuasa tangani isu kuil
Ganesan berkata MHS turut berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan kuil bagi menyelesaikan kes tertentu, termasuk melibatkan kuil di Kuala Kubu Bharu. - Gambar hiasan/Bernama

Malaysia Hindu Sangam (MHS) bekerjasama rapat dengan pertubuhan keagamaan dan pihak berkuasa bagi menangani isu melibatkan kuil serta rumah ibadat Hindu, termasuk kes yang memerlukan pemindahan.

Presiden MHS T. Ganesan berkata pertubuhan itu bekerjasama dengan kira-kira 35 badan keagamaan untuk meneliti secara bersama perkara berkaitan rumah ibadat Hindu serta memastikan penyelesaian dapat dicapai selaras dengan amalan agama dan prosedur yang sewajarnya.

“Kami tidak bertindak bersendirian. Kira-kira 35 pertubuhan keagamaan bekerjasama untuk meneliti isu melibatkan kuil kami serta memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya,” katanya ketika tampil sebagai tetamu pada program Paarvai terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini pada Jumaat lepas.

Ganesan berkata MHS turut berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan kuil bagi menyelesaikan kes tertentu, termasuk melibatkan kuil di Kuala Kubu Bharu.

“Baru-baru ini, terdapat kes melibatkan dua kuil di daerah Hulu Selangor. Kami mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan serta pentadbir kuil bagi mencari penyelesaian yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata dalam situasi melibatkan rumah ibadat kecil atau kuil kecil, pendekatan yang diambil mungkin merangkumi penyatuan atau pemindahan melalui perundingan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa serta pengurusan kuil.

“Apabila kami merujuk kepada kuil kecil atau rumah ibadat kecil, kadangkala ia perlu disatukan atau dipindahkan. Perkara ini dilaksanakan menerusi perbincangan dengan pihak berkuasa berkaitan serta dengan persetujuan pihak pengurusan kuil.

“Kami telah menubuhkan satu pasukan peguam untuk meneliti bagaimana perkara ini boleh ditangani melalui saluran undang-undang serta penyelesaian berasaskan komuniti,” katanya.

Beliau berkata pertubuhan itu memastikan prosedur keagamaan dipatuhi sepenuhnya, khususnya apabila memindahkan berhala atau patung dari kuil yang terjejas.

“Menurut amalan agama kami, upacara ritual yang sewajarnya mesti dilaksanakan oleh sami sebelum sebarang pemindahan berhala dilakukan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika kerajaan terus memperkukuh tadbir urus Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) menerusi penyelarasan antara agensi, pematuhan kepada garis panduan serta pendekatan berasaskan dialog, menurut kenyataan bersama Timbalan Menteri Perpaduan Negara R. Yuneswaran dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Roslin.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kuil
#rumah ibadat
#MHS
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan