awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HKL terbakar: Bomba puji pasukan jurutera dan polis bantuan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/03/2018
09:54 MYT
HKL terbakar: Bomba puji pasukan jurutera dan polis bantuan
Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusof dalam satu kenyataan media berkata, perkhidmatan di hospital itu tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.
Tindakan pantas sekumpulan pasukan jurutera Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mengalihkan 163 tong oksigen daripada bilik simpanan yang berdekatan dengan stor yang terbakar mendapat pujian Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Pengarah Bomba negeri Khirudin Drahman berkata, sekiranya mereka tidak berbuat demikian, kemungkinan api itu merebak amat tinggi. “Sebab kalau kita tengok tadi, laluan kebakaran itu terdapat tiub atau saluran oksigen yang disalurkan kepada bangunan itu. Jadi tindakan mereka (polis bantuan) itu sangat membantu dalam mengurangkan impak kebakaran,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Beliau turut memuji tindakan pantas polis bantuan HKL yang segera menutup laluan daripada orang awam bagi memastikan jentera bomba sampai dalam masa yang pantas. Awal hari ini, stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, ini. Bagaimanapun Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusof dalam satu kenyataan media berkata, perkhidmatan di hospital itu tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. BACA: IPFN HKL terbakar! BACA: Netizen kongsi kebakaran HKL di media sosial BACA: HKL beroperasi seperti biasa Dalam pada itu, Khirudin berkata, siasatan awal menunjukkan punca kebakaran daripada litar pintas, dan berlaku percikan api yang terkena pada bahan mudah terbakar yang disimpan di stor itu. Beliau berkata, pada awal kejadian, terdapat dua mangsa terperangkap di bahagian atas, namun berjaya diselamatkan pasukan bomba tanpa kecederaan serius.
Pesakit yang berada di wad berhampiran turut dipindahkan kerana bekalan elektrik telah ditutup buat sementara waktu sementara kerja-kerja penilaian sedang dilakukan bomba, tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital
#kebakaran
#Kuala Lumpur
#perubatan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan