awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin ASEAN perlu bersatu kecam tindakan agresif di Asia barat - SDSN
Iran mahu jadikan sekolah perempuan dibom sebagai muzium
Proses permohonan rayuan Khairy dijangka tidak ambil masa lama - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital di Australia dalam keadaan kritikal, kata badan perubatan utama

Bernama
Bernama
12/03/2026
12:22 MYT
Hospital di Australia dalam keadaan kritikal, kata badan perubatan utama
Peratusan pesakit di jabatan kecemasan yang menyelesaikan lawatan mereka dalam tempoh empat jam yang disyorkan, jatuh ke paras terendah. - Gambar hiasan

Hospital di Australia kekal dalam keadaan kritikal, kata badan perubatan utama negara itu dengan pesakit menghadapi tempoh menunggu yang panjang untuk rawatan kecemasan dan pembedahan penting, lapor Xinhua.

Persatuan Perubatan Australia (AMA) pada Khamis menerbitkan laporan tahunan mengenai prestasi hospital awam, mendedahkan bahawa peratusan pesakit di jabatan kecemasan yang menyelesaikan lawatan mereka dalam tempoh empat jam yang disyorkan jatuh ke paras terendah.

Menurut laporan itu, 53 peratus pesakit jabatan kecemasan menyelesaikan lawatan mereka dalam empat jam pada 2024-25, berkurangan daripada 55 peratus pada 2023-24 dan 73 peratus pada 2015-16.

Tempoh menunggu median untuk pembedahan yang dirancang menurun untuk tahun kedua berturut-turut daripada 46 hari pada 2023-24 kepada 45 hari pada 2024-25 tetapi masih jauh lebih tinggi berbanding 35 hari pada 2014-15.

Laporan AMA menyatakan terdapat peningkatan sederhana dalam beberapa bidang, termasuk peningkatan jumlah katil hospital awam, tetapi prestasi keseluruhan masih jauh lebih lemah berbanding sedekad lalu.

Perdana Menteri Anthony Albanese pada Januari mengumumkan tambahan pembiayaan kerajaan persekutuan sebanyak A$25 bilion (US$17.8 bilion) untuk hospital dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bagaimanapun, Presiden AMA Danielle McMullen berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa model menunjukkan pembiayaan tambahan sekurang-kurangnya A$34 bilion (AS$24.2 bilion) diperlukan dalam tempoh yang sama.

“Pengiraan kami menunjukkan ia mungkin tidak mencukupi untuk mengeluarkan hospital awam daripada kitaran krisis yang mereka alami,” katanya mengenai komitmen pembiayaan kerajaan.

Laporan itu menyatakan bahawa ketersediaan katil hospital bagi setiap orang masih statik, dan kapasiti untuk warga tua Australia jatuh ke paras terendah yang pernah direkodkan.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#Australia
#Hospital
#kritikal
#AMA
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan