awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara - Mohamad

Bernama
Bernama
11/08/2024
22:15 MYT
Hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara - Mohamad
Mohamad (empat dari kanan) menghadiri majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan pada Ahad malam. - Foto Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa hubungan istimewa antara Malaysia dan Brunei perlu dipelihara.
Menurut Kementerian Luar di platform X, Mohamad dalam ucapannya semasa majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei di Bandar Seri Begawan pada Ahad malam, turut menggalakkan usaha untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.
Mohamad dan Menteri Luar Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Pehin Yusof, merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam itu, katanya.
Majlis itu turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan Kerajaan Brunei, dan Ketua Perwakilan Asing.
Mohamad kini dalam lawatan kerja selama dua hari ke Brunei untuk menghadiri Mesyuarat Ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25).
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia-Brunei
#Hubungan dua hala
#Mohamad Hasan
#EOL-25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan