awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Malaysia-China Terus Meningkat Di Bawah Kepimpinan Baru China

Bernama
Bernama
17/03/2013
13:33 MYT
Hubungan Malaysia-China Terus Meningkat Di Bawah Kepimpinan Baru China
Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan bahawa di bawah pucuk pimpinan baru China, hubungan istimewa dan akrab antara Kuala Lumpur dengan Beijing akan terus berkembang dan meningkat ke tahap lebih tinggi.
Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa Malaysia dan China telah sekian lama menikmati kerjasama gemilang dalam pelbagai bidang kepentingan seperti politik, ekonomi, kewangan, pelancongan, pendidikan, keselamatan dan kebudayaan.
Najib menyatakan demikian dalam perutusan tahniahnya kepada Presiden baru Xi Jinping, dan Perdana Menteri Majlis Negara China Le Keqiang.
Dalam perutusannya kepada Xi Jinping, Najib berkata: "Saya yakin Tuan Yang Terutama akan meneruskan komitmen yang kukuh dan tidak berganjak ke arah mempertingkat hubungan dengan Malaysia sebagaimana pernah ditunjukkan oleh pemimpin sebelum tuan".
Sementara dalam perutusannya kepada Le Keqiang, Najib berkata: "Saya yakin di bawah teraju kepimpinan tuan yang cukup berkebolehan, China akan terus mencapai kemajuan dan kemakmuran lebih besar".
Najib juga menyampaikan undangan kepada Le Keqiang untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat demi memperkukuh hubungan persahabatan yang sedia wujud antara kedua-dua negara.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan