awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan tanpa komitmen, dimana batas moralnya?

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/07/2018
13:11 MYT
Hubungan tanpa komitmen, dimana batas moralnya?
Gaya hidup sedemikian bagaimanapun meletakkan masyarakat terjerumus dalam kancah tidak bermoral. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kemunculan 'TheSugarBook', sebuah laman web temu janji antara lain adalah dengan tujuan memudahkan sesuatu hubungan terjalin dan memperluaskan rantaian sosial seseorang ahlinya.
Platform itu juga dikatakan membenarkan anda menetapkan terma dalam perhubungan termasuk ada kalanya melencong dari tujuan asal penubuhanya seperti meminta dibayar untuk menjadi peneman sosial.
Ini kerana ada yang dikatakan sanggup berbelanja ribuan ringgit demi menjadi peneman sosial.
Kedengaran seperti tidak masuk akal tetapi trend mempunyai 'sugar babies', 'sugar mummy' atau 'sugar daddy' dikhabarkan semakin meluas terutamanya dalam kalangan bandar-bandar yang pesat membangun.
Tidak terhad di negara ini sahaja, malah di negara serantau seperti Singapura dan Hong Kong.
Gaya hidup sedemikian bagaimanapun meletakkan masyarakat terjerumus dalam kancah tidak bermoral dan lari dari nilai-nilai budaya tempatan dan agama.
Persoalannya dimanakah lakaran garis moral seseorang itu terutamanya apabila diuji dengan wang ringgit. Kongsikan pandangan.
Topic Berkaitan
#pasangan
#peneman sosial
#sugarbook
#temu janji
#wang ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan