awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xbox One akhirnya digodam selepas 12 tahun
NVIDIA lancar platform pusat data angkasa, perkenal modul Space‑1 Vera Rubin
Harga minyak Asia Barat jadi paling mahal di dunia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan antara faktor utama kegagalan cerun di Malaysia

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
03:15 MYT
Hujan antara faktor utama kegagalan cerun di Malaysia
Marhalim berkata terdapat dua keadaan hujan yang boleh menyumbang kepada kegagalan cerun. - Astro AWANI

Risiko kegagalan cerun di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor hujan dan lebihan air yang boleh melemahkan struktur tanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pintas Utama, Datuk Ir Marhalim Mohamed berkata terdapat dua keadaan hujan yang boleh menyumbang kepada kegagalan cerun.

“Hujan lebat akan menyebabkan hakisan dan hasil daripada hakisan ini boleh menyebabkan keruntuhan cerun. Satu lagi ialah hujan yang perlahan tetapi berterusan, di mana air akan menyerap ke dalam tanah dan menyebabkan keadaan yang kita panggil air tepu. Air tepu ini lama-kelamaan berkumpul dan melemahkan asas cerun,” katanya.

Bagi menangani cabaran itu, Pintas Utama memainkan peranan penting dalam Projek Penyelenggaraan Cerun Jangka Panjang di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menyelaras pasukan multidisiplin bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri pembinaan, syarikat itu telah mengurus lebih 36,000 cerun di sepanjang jalan persekutuan dan negeri.

Usaha ini turut disokong penggunaan teknologi seperti LiDAR berasaskan UAV, fotogrametri udara serta sistem pemetaan risiko berasaskan GIS bagi membantu penilaian risiko dan perancangan mitigasi yang lebih tepat.

Menurut Marhalim, Pintas Utama turut melihat peranan syarikat lebih luas daripada sekadar pencapaian industri.

“Kami percaya kejayaan sesebuah organisasi bukan sahaja diukur melalui pencapaian dalam industri, tetapi juga melalui impaknya kepada masyarakat. Selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan industri, kami juga komited untuk menyumbang dari sudut sosial dan kemasyarakatan,” katanya dalam AWANI Pagi pada Selasa.

Topic Berkaitan
#cerun
#keselamatan cerun
#Pintas Utama
#hakisan
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan