awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Dunia 2026: Iran enggan bermain di AS, runding pindah venue ke Mexico
MIC belum buat keputusan muktamad sertai PN
KPDN siasat 87 syarikat didakwa kartel umrah - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xbox One akhirnya digodam selepas 12 tahun

Astro AWANI
Astro AWANI
17/03/2026
04:29 MYT
Xbox One akhirnya digodam selepas 12 tahun
Gaasedelen menjelaskan bahawa Bliss berfungsi dengan melakukan suntikan voltan tepat pada masa kritikal ketika konsol memulakan sistem, lalu mengganggu proses perlindungan ingatan serta membolehkan data dalam ROM diakses. -Foto Amanz
Konsol permainan video Microsoft Xbox One dilaporkan berjaya digodam buat pertama kali sejak dilancarkan pada 2013, sekali gus menamatkan reputasinya sebagai antara sistem permainan yang dianggap paling sukar ditembusi di dunia, lapor Amanz.
Pendedahan itu dibuat oleh pakar keselamatan, Markus ‘Doom’ Gaasedelen, pada acara RE//verse 2026 minggu lalu melalui teknik godaman voltan dinamakan “Bliss”, yang memintas keselamatan konsol pada peringkat boot ROM cip pemprosesan.
Gaasedelen menjelaskan bahawa Bliss berfungsi dengan melakukan suntikan voltan tepat pada masa kritikal ketika konsol memulakan sistem, lalu mengganggu proses perlindungan ingatan serta membolehkan data dalam ROM diakses.
Teknik itu juga mencetuskan keadaan di mana konsol tersasar daripada rantaian kepercayaan kriptografi, seterusnya membuka laluan kepada kod tidak ditandatangani.
Lebih membimbangkan, kerentanan berkenaan dinilai mustahil diperbaiki melalui kemas kini perisian kerana ia berpunca daripada kelemahan pada perkakasan/boot ROM yang tidak boleh diubah suai.
Sekiranya eksploit itu digunakan, ia membolehkan sistem operasi serta perisian konsol dikuasai sepenuhnya tanpa sebarang proses pengesahan rasmi daripada pelayan Microsoft.
Implikasi daripada pendedahan ini turut membuka kemungkinan kemunculan cip tambahan yang digunakan untuk memintas sistem keselamatan konsol, seterusnya membenarkan permainan video dijalankan tanpa melalui protokol perlindungan hak cipta yang ketat.
Walau bagaimanapun, serangan tersebut dinilai amat sukar dilaksanakan, dengan kadar kejayaan dianggarkan serendah satu dalam sejuta percubaan bergantung pada ketepatan suntikan voltan.
Setakat ini, Microsoft belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendedahan tersebut yang kini menjadi perbincangan meluas dalam komuniti pembangun perisian dan peminat permainan video di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Xbox One
#Microsoft
#Bliss exploit
#godaman konsol
#RE//verse 2026
#Markus Gaasedelen
#voltage glitching
#keselamatan permainan video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan