awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TERKINI: AFC batalkan dua kemenangan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia
Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri bermula tengah malam 18 Mac
Konflik Asia Barat: 56 tapak warisan Iran rosak akibat serangan udara AS–Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDN siasat 87 syarikat didakwa kartel umrah - Fuziah

Bernama
Bernama
17/03/2026
05:39 MYT
KPDN siasat 87 syarikat didakwa kartel umrah - Fuziah
Fuziah berkata siasatan itu dijalankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh berkata sebanyak 87 syarikat pengendali umrah sedang disiasat berhubung dakwaan wujudnya kartel umrah.

Beliau berkata siasatan itu dijalankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana terdapat beberapa syarikat yang membuat perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia.

“Apabila mereka menetapkan harga, pengguna ini tidak dapat tawaran yang terbaik. Sebab itu MyCC berperanan membanteras aktiviti kartel ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Program Jualan Rahmah MADANI Mega Aidilfitri 2026 dan Agihan Zakat Wakalah Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana di sini hari ini .

Beliau berkata orang ramai yang merancang untuk menunaikan umrah dinasihatkan agar mempertimbangkan aspek keselamatan semasa, terutama dalam keadaan konflik geopolitik yang sedang berlaku.

“Dalam Islam, konsep isti ta’ah atau kemampuan perlu diambil kira. Jika keadaan tidak selamat, maka tidak menjadi kewajipan untuk menunaikan umrah. Keselamatan diri dan keluarga perlu diutamakan,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata kerajaan sedang meneliti langkah merapatkan jurang ketirisan bahan api bersubsidi dan komersial.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, semalam.

“Kita mengakui terdapat jurang ketara antara harga RON95 dan RON97. Perbezaan ini membuka ruang kepada ketirisan apabila pihak yang sepatutnya membeli pada harga komersial turut mendapatkan bekalan bersubsidi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter sebagai keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

Bercakap mengenai program hari ini, Fuziah berkata sebanyak 133 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Mega Aidilfitri telah dilaksanakan di seluruh Pahang sepanjang Ramadan tahun ini.

Beliau berkata 45 lagi program itu dijadualkan berlangsung hingga 30 Mac ini, untuk memastikan lebih ramai rakyat berpeluang mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan menjelang sambutan Aidilfitri.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Fuziah
#kpdn
#kartel umrah
#MyCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan