awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
[EKSKLUSIF] Konflik Asia Barat: Malaysia bertindak awal, aktifkan pelbagai langkah - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah hari ini

Bernama
Bernama
20/02/2026
00:57 MYT
Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah hari ini
Amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas). - Gambar hiasan
Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip.
Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Kudat.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan berterusan
#cuaca buruk
#amaran
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan