awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat lebih sejam, MRR2 dan UIAM dilanda banjir kilat

Bernama
Bernama
17/01/2017
13:36 MYT
Hujan lebat lebih sejam, MRR2 dan UIAM dilanda banjir kilat
Seorang Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama anggota keluarganya melihat kenderaan mereka yang ranap pada bahagian bumbung di kawasan UIA hari ini. - Foto Bernama
Beberapa kawasan rendah di pinggir ibu kota terutama di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih sejam petang tadi.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air kira-kira setengah meter.
"Hujan lebat di MRR2 menyebabkan kesesakan lalu lintas namun keadaan adalah terkawal dan air mulai surut pada pukul 7 petang," katanya ketika dihubungi.
Seorang Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama anggota keluarganya melihat kenderaan mereka yang ranap pada bahagian bumbung di kawasan UIA hari ini.  - Foto Bernama
Seorang Kakitangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bersama anggota keluarganya melihat kenderaan mereka yang ranap pada bahagian bumbung di kawasan UIA hari ini. - Foto Bernama
Selain itu, Mohd Sani berkata tiga batang pokok tumbang menyebabkan 10 buah kenderaan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta UIAM rosak.
"Operasi pembersihan sedang dilakukan oleh anggota yang bertugas," katanya.
Beliau berkata seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 petang. -- Bernama
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#bomba dan penyelamat
#mrr2
#ribut
#UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan