awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam: Pemimpin PAS yang tak sokong Blackout 505 pengkhianat parti

Astro Awani
Astro Awani
13/06/2013
09:39 MYT
Husam: Pemimpin PAS yang tak sokong Blackout 505 pengkhianat parti
Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan Blackout 505 malam tadi dengan mendakwa pemimpin-pemimpin PAS yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pimpinan PAS terdahulu.
Dalam ucapannya, Husam turut menyindir beberapa pemimpin PAS yang menjadi ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.
Katanya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga mengajak rakyat supaya mencetuskan perubahan politik dalam negara, dan jangan hanya kerana baru menang kerusi parlimen, mentadbir negeri, lupa kepada asal-usul perjuangan sebenar.
Katanya sekiranya pemimpin pakatan rakyat tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu.
Perhimpunan tersebut turut dihadiri penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lain.
Topic Berkaitan
#Datuk Husan Musam
#Dewan Rakyat Blackout 505
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan