awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibadah korban di N.Sembilan: Penganjur perlu buat permohonan online

Bernama
Bernama
08/07/2020
09:47 MYT
Ibadah korban di N.Sembilan: Penganjur perlu buat permohonan online
Mengenai solat sunat Aildiladha, Aminuddin berkata pendaftaran secara dalam talian perlu dibuat sama seperti solat Jumaat. - Foto BERNAMA
Penganjur atau pemohon yang ingin melaksanakan ibadah korban di Negeri Sembilan perlu membuat pendaftaran secara dalam talian melalui sistem e-qurb@NS bermula esok sehingga 24 Julai depan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ibadah korban hanya boleh dilaksanakan di masjid, surau atau mana-mana tempat yang dibenarkan sahaja dengan syarat korban tidak melebihi 10 ekor binatang ternakan dalam sehari.
"Hari yang ditentukan untuk melaksanakan ibadah korban ialah bermula selepas solat sunat Aidiladha pada 31 Julai sehingga 3 Ogos. Binatang ternakan yang dibenarkan untuk korban iaitu lembu, kerbau, unta, kambing dan kibas... sekiranya jumlah korban melebihi 10 ekor maka lebihannya hendaklah dibuat pada hari berikutnya kerana sehari hanya 10 ekor sahaja dibenarkan.
"Penganjur hendaklah menentukan petugas korban untuk satu lokasi tidak melebihi 50 orang dan bagi peserta korban pula hanya dua orang dibenarkan hadir ke lokasi sebagai wakil bagi setiap bahagian korban," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Tambahnya penganjur hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan, pematuhan garis panduan serta mengamalkan disiplin kendiri dalam kalangan petugas yang melaksanakan ibadah korban.
"Kod QR perlu disediakan di tempat yang ditentukan bagi kemudahan petugas dan peserta korban mendaftar masuk ke lokasi korban dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan hadir ke lokasi korban," katanya.
Mengenai solat sunat Aildiladha, Aminuddin berkata pendaftaran secara dalam talian perlu dibuat sama seperti solat Jumaat.
"Pendaftaran secara dalam talian ini bagi membolehkan pihak pengurusan masjid membuat persediaan kerana saya khuatir akan berlaku limpahan memandangkan solat sunat Aidilfitri sebelum ini tidak dapat dilaksanakan," katanya.
Sistem e-qurb@NS boleh dilayari melalui pautan http://equrbans.jheains.my yang mula beroperasi esok pukul 10 pagi hingga 24 Julai pukul 12 tengah hari.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#e-qurb NS
#Ibadah Korban
#Menteri Besar
#Negeri Sembilan
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan