awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak

Sinar Harian
Sinar Harian
07/06/2023
07:09 MYT
Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
S Nagendran (kiri) dan A Sangeetha (kanan) dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu terhadap S Nagendran dan A Sangeetha yang kedua-duanya berusia 23 tahun selepas mendapati terdapat penduaan terhadap pertuduhan yang dikemukakan.
Mahkamah menetapkan hukuman ke atas pasangan itu dijatuhkan pada Rabu, namun Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar mengemukakan pertuduhan pindaan.
Kedua-dua tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan seterusnya mohon dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, keduanya didakwa mencapai niat bersama bertindak secara cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berada di bawah pemeliharaan mereka dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka dekat Skudai Villa Apartment, Jalan Aman, Taman Skudai Baru di sini, kira-kira 12.30 tengah malam, 28 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Nagendran yang juga bapa tiri kanak-kanak berkenaan dan Sangeetha pula ibu kepada kanak-kanak itu diwakili peguam Tuan Nur Izza Natasha Tuan Rosidi.
Pihak pendakwaan dijangka mengemukakan pertuduhan baharu ke atas dua-dua tertuduh pada Khamis. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dera anak tiri
#suami isteri dibebas
#Taman Skudai Baru
#Akta Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan