awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini - Peguam

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
13/06/2024
00:48 MYT
Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini - Peguam
FAHMI: Ya ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam, namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya. - Gambar fail/Sinar Harian
PETALING JAYA: Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin akan didakwa di mahkamah di sini hari ini.
Perkara itu disahkan Fahmi Abd Moin yang merupakan peguam kepada bapa kanak-kanak autistik itu.
"Ya ada tuduhan untuk kedua-dua anak guam, namun saya tidak dapat kongsikan mereka didakwa atas pertuduhan apa, kerana tidak mahu mendahului pendakwa raya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Sementara itu, pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya mula dibanjiri pengamal media pagi ini bagi mengikuti rapat kes pembunuhan kanak-kanak itu.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, kawalan keselamatan juga ditingkatkan dengan kehadiran pihak polis untuk mengawal situasi.
Kelibat ahli keluarga kanak-kanak malang itu juga turut kelihatan bagi memberikan sokongan terhadap ibu bapa serta datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan.
Permohonan reman bagi ibu bapa Zayn Rayyan tamat hari ini dan persoalan sama ada pasangan terbabit didakwa dijangka diketahui jam 10 pagi ini.
Manakala bagi datuk dan nenek sebelah bapa mangsa pula, polis akan membuat permohonan reman untuk membantu siasatan kes tersebut.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#peguam
#ibu bapa didakwa
#Fahmi Abd Moin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan