awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu tunggal mengaku aniaya tiga anak kandung

Bernama
Bernama
26/08/2021
09:54 MYT
Ibu tunggal mengaku aniaya tiga anak kandung
Tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Asrul Darus.
KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya tiga anak kandungnya dengan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mereka.
Tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Asrul Darus.
Mahkamah menetapkan 11 Okt untuk mendengar fakta kes sebelum menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai orang yang mempunyai hak penjagaan ke atas tiga anak perempuannya berumur 17, 15 dan 14 tahun didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumah mereka sebuah pangsapuri di Jalan Nipah Off Jalan Ampang di sini pada 1 tengah hari 19 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S.Sangitaa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibu tunggal
#aniaya anak
#anak kandung
#Akta Kanak-kanak 2001
#kecederaan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan